[Janji Tinggal Janji... Muslim Oh Muslim]
Kamaliah Abbas menulis;
Assalamualaikum wbt. Saya nak buat teguran sedikit, harap sama2 dapat muhasabah dan ambil iktibar.
Sekiranya anda telah mendaftar dan dengan yakinnya berjanji dan meyakinkan penganjur akan kehadiran anda untuk mana2 program, tolong jangan cancel di saat2 terakhir, sila maklumkan lebih awal.
Sekiranya anda ingin menarik diri, maklumkan pada volunteer yang incharge untuk pendaftaran dan jangan mendiamkan diri atau buat tak tahu atau tunggu sehingga mereka msg dan call berpuluh kali, dan pada saat terakhir anda membalas satu msg yang bertulis "salam. saya tak dapat datang"
Dan sekiranya memang tidak dapat dielakkan bahawa anda mempunyai urusan lain yang sangat penting di saat-saat terakhir, tolonglah memberitahu dengan cara yang BERADAB. Bukannya seperti ini : "Salam, saya ada urusan lain n tak dapat join program tu. Bagaimana dengan pembayaran saya? Boleh saya dapat balik?"
Tak guna belajar agama, perbandingan agama, cara-cara berdakwah kepada non-muslim, bagi ayat quran dan hadis sini sana, tetapi adab, akhlak dan cara komunikasi tidak dijaga!
Jangan ingat bahawa anda seorang sahaja merupakan orang yang sibuk dan mempunyai banyak urusan yang hendak diuruskan.Saya berharap agar perkara ini dapat dibaiki dan tidak akan berulang lagi. Please, respect others.
Kadang-kadang manusia apabila ditegur dan diberi nasihat dengan cara yang lembut, mereka masih buat endah tidak endah. Jadi, Maaf kalau teguran saya ini sedikit keras. Tolong ambil perhatian. Terima kasih.
-----------------------------------------------------------------------------
Saya ingin menambah;
Maaf andai terkasar bahasa. Di kalangan orang Islam sendiri apabila berjanji, bagaikan bintang dan bulan mampu dipetiknya tetapi apabila tiba masanya, bayang hilang entah ke mana. Sebab itu orang Islam sendiri apabila ada saudara Islamnya yang lain berjanji dengan lafaz "InshaAllah" pasti akan ditanya;
'InshaAllah Islam atau InshaAllah Melayu"
Kenapa harus jadi begini? Mengapa sikap ini sukar diubah? Ingat firman Allah SWT ini;
"...dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya."
[Al-Israa' 17:34]
Mengingkari perjanjian andalah antara ciri-ciri munafik sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w;
“Tanda-tanda munafik ada tiga; apabila berbicara dusta, apabila berjanji mengingkari, dan apabila dipercaya khianat.”
[HR. Muslim, Kitabul Iman]
Wahai rakan-rakan yang dirahmati dan dikasihi oleh Allah; tepatilah janji kerana kita jikalau kita tidak menepati janji di dunia, nescaya janji tersebut akan dituntut di akhirat. Ini bukan post sindiran tetapi teguran buat diri dan anda semua.
“Dan kaum muslimin (harus menjaga) atas persyaratan/perjanjian mereka, kecuali persyaratan yang mengharamkan yang dihalalkan atau menghalalkan yang haram.”
[Sahih Sunan At-Tirmidzi no. 1352, lihat Irwa`ul Ghalil no. 1303]